Kes buli jadi jenayah di sekolah Mona Ahmad mona@bh.com.my AHLI panel Program Bicara Persada, (dari kiri) Ali, Foo Chek Seng, Rozmi dan Lok Yim Pheng di Bangi. - Foto Kamarulzaman Ariffin MINGGU orientasi di sekolah berasrama sejak berdekad sering dikaitkan dengan 'ragging'. Jika setakat cuci kasut, ambil makanan untuk senior, tiup kipas, jilat stokin dan calit muka dengan warna air, ia umpama mahu menjalinkan hubungan lebih rapat dengan senior. Jika perbuatan buli itu sudah ke tahap ugutan, pukul, menjatuhkan maruah serta memalukan, apakah itu juga dikira sebagai ragging yang dianggap mahu mengeratkan hubungan antara pelajar baharu dan lama. Tidak dinafikan, ada juga kes 'ragging' atau buli ini yang menyebabkan kematian seperti yang terjadi pada 1988, meragut nyawa seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Teknik Cheras yang dibelasah beberapa pelajar senior dalam tandas sekolah. Lebih membimbangkan kini, buli bukan saja ...
Blog ini mengetengahkan isu - isu moral yang menyebabkan keruntuhan akhlak yang berlaku di persekitaran sekolah, setempat dan di seluruh dunia.