Langkau ke kandungan utama

Catatan

PERATUS KES BULI

Peratus Penglibatan Buli Di kalangan Murid Sistem Sahsiah Diri Murid merekodkan hanya 0.02 peratus murid terbabit dalam salah laku buli untuk tempoh Januari hingga Jun lalu.   Ia sekaligus menunjukkan pembabitan murid dalam buli menurun dan terkawal, berdasarkan statistik pada tahun 2012 hingga 2016 iaitu dari 0.08 peratus kepada 0.06 peratus.   Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Si Woon, berkata, berdasarkan rekod Sistem Pengurusan Isu Disiplin dan Pendidikan, tiada kes yang membabitkan kematian akibat perbuatan buli dalam kawasan sekolah dalam tempoh pada tahun 2012 sehingga sekarang. Katanya, walaupun kes buli di sekolah secara relatifnya kecil, namun kementerian tidak pernah memandang ringan.   "Saya ingin tegaskan bahawa kes yang terbabit sudah diambil tindakan sewajarnya sama ada peringkat sekolah mahu pun pihak mahkamah melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM). "Sejak dahulu, kementerian serius menangani buli termasuk buli siber melalui mekanisme pencegaha...

Vendalisma

Era digital ini, kepentingan melahirkan generasi muda yang cemerlang untuk masa hadapan negara semakin meningkat. Malangnya, gejala sosial dalam kalangan pelajar yang kian meruncing membimbangkan semua pihak. Menurut kajian Kementerian Pelajaran Malaysia, salah satu daripada lapan gejala salah laku pelajar yang semakin menjadi-jadi kini ialah masalah vandalisme. Aktiviti vandalisme, atau kegiatan merosakkan harta benda awam bukan sahaja merugikan pelbagai pihak, malah turut menjejaskan imej negara kita. Oleh itu, langkah-langkah untuk mengatasi masalah vandalisme dalam kalangan pelajar perlu dilaksanakan dengan segera.           Pertama sekali, ibu bapa harus menjalankan peranan penting dalam menyifarkan masalah vandalisme. Mereka perlu memantau kegiatan anak-anak mereka supaya tidak terjerumus ke dalam kancah yang negatif. Bukan itu sahaja, malah pergaulan anak-anak juga patut diawasi agar tidak melakukan kesilapan dalam memilih rakan. Lebih-lebih lagi, ib...

VENDALISMA

Kes vandalisme di kalangan murid sekolah rendah

Kes vandalisme di kalangan murid sekolah rendah semakin kerap berlaku.Kes ini dilihat semakin serius disebabkan pengaruh rakan sebaya.Antara kes vandalisme yang dilakukan ialah menconteng dinding sekolah, kerusi,meja dan tandas.            Di samping itu,kes vandalisme ini juga berlaku ke stas kerosakan harta benda sekolah seperti merosakkan pintu tandas, kerusi,meja dan dinding sekolah.Faktor ini disebabkan oleh mentaliti murid itu sendiri yang tidak betul atau disebabkan pengaruh rakan sebaya.            Kes vandalisme ini juga sering berlaku di tempat menunggu kereta.murid sekolah adakalanya menconteng diding atau menendang dinding perhentian kereta.

serangan seksual di kalangan murid sekolah semakin menjadi-jadi

Serangan seksual di kalangan murid sekolah semakin menjadi-jadi.Kes ini dilihat semakin serius apabila semakin ramai murid sekolah rendah dirogol diluar sekolah. Kes ini biasanya dilakukan oleh para penagih dafah. Kes ini berlaku apabila murid sekolah berjalan sendiri pulang ke rumah. Para penagih dadah akan mengambil kesempatan daripada ruang tersebut.           Justeru itu para ibubapa diingatkan agar tidak membiarkan anak-anak pulang sendiri dari sekolah biarpun jarak rumah dari sekolah tidaklah terlalu jauh sangat. Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab bersama masyarakat setempat melaporkan kes tersebut kepada pihak polis sekiranya terlihat perkara yang mencurigakan di kalangan murid sekolah agar kes seperti ini dapat dicegah.           Di samping itu, kita sebagai guru juga harus sentiasa mengingatkan murid-murid agar sentiasa berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali walaupun ...

Lelaki lakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak berdepan hukuman 300 tahun penjara.

LOS  ANGELES:  Gilbert  Andrew  Chavaria  yang  digelar  "Creeper",  memecah  masuk  kediaman  mangsa  di bandar  Escondido,  dan  San  Marcos  kira-kira  140  kilometer  ke  selatan  Los  Angeles.  Lelaki  itu  kemudian  melakukan  serangan  seksual  terhadap  sekurang-kurangnya  empat  mangsa  yang  boleh  mengakibatkan  hukuman  penjara  sehingga  300  tahun. Kejadian  itu  berlaku  pada  awal  pagi  antara  bulan  jun  dan  julai  2013.  Tuduhan  termasuk  memecah  rumah,  menyerang  dan  melakukan  kelucahan  melampau  ke  atas  knak-kanak  dan  memiliki  bahan  pornografi  kanak-kanak.

Wanita dikurung dalam bilik gelap selama 15 tahun diselamatkan polis.

New  Delhi :  Kesengsaraan  seorang  wanita  berusia  50  tahun  yang  dikurung  dalam  bilik  gelap  oleh  abangnya  selama  15  tahun  di  sebuah  perkampungan  di  India  berakhir  selepas  diselematkan  polis  India. Sunita  Verlekar  diselamatkan  hasil  maklumat  sebuah  organisasi  hak  wanita,  Bailancho  Saad.  Wanita  itu  kemudian  dihantar  ke  hospital dan  menerima  rawtan  di  Institut  Psikitri  dan  Perilaku  Manusia. Wanita  itu  dikurung  kerana  mula  menunjukkan  sikap  tidak  normal  kerana  mengetahui  suaminya  berkahwin  kali  kedua,  namun  tetap  diberikan  makanan  melalui  tingkap.