Langkau ke kandungan utama

PERATUS KES BULI

Peratus Penglibatan Buli Di kalangan Murid
Sistem Sahsiah Diri Murid merekodkan hanya 0.02 peratus murid terbabit dalam salah laku buli untuk tempoh Januari hingga Jun lalu. Ia sekaligus menunjukkan pembabitan murid dalam buli menurun dan terkawal, berdasarkan statistik pada tahun 2012 hingga 2016 iaitu dari 0.08 peratus kepada 0.06 peratus. Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Si Woon, berkata, berdasarkan rekod Sistem Pengurusan Isu Disiplin dan Pendidikan, tiada kes yang membabitkan kematian akibat perbuatan buli dalam kawasan sekolah dalam tempoh pada tahun 2012 sehingga sekarang.
Katanya, walaupun kes buli di sekolah secara relatifnya kecil, namun kementerian tidak pernah memandang ringan. "Saya ingin tegaskan bahawa kes yang terbabit sudah diambil tindakan sewajarnya sama ada peringkat sekolah mahu pun pihak mahkamah melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Sejak dahulu, kementerian serius menangani buli termasuk buli siber melalui mekanisme pencegahan, penguatkuasaan, peraturan sekolah, intervensi kepada mangsa dan kerjasama padu dengan semua pihak yang berkepentingan serta bersedia membantu agensi berkaitan memantapkan perundangan berkaitan kes juvanil di luar sekolah.
"Pihak sekolah diberi peringatan melalui surat pekeliling dan garis panduan mencegah serta menangani buli dalam kalangan murid. Pelbagai program kesedaran gejala buli dilaksanakan secara bersepadu di dalam kurikulum, kokurikulum dan pembinaan sahsiah, " katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Rujukan

Nazura Ngah; Hazwan Faisal Mohamad dan Fahmy Azril Rosli, bhnews@bh.com.my

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kes vandalisme di kalangan murid sekolah rendah

Kes vandalisme di kalangan murid sekolah rendah semakin kerap berlaku.Kes ini dilihat semakin serius disebabkan pengaruh rakan sebaya.Antara kes vandalisme yang dilakukan ialah menconteng dinding sekolah, kerusi,meja dan tandas.            Di samping itu,kes vandalisme ini juga berlaku ke stas kerosakan harta benda sekolah seperti merosakkan pintu tandas, kerusi,meja dan dinding sekolah.Faktor ini disebabkan oleh mentaliti murid itu sendiri yang tidak betul atau disebabkan pengaruh rakan sebaya.            Kes vandalisme ini juga sering berlaku di tempat menunggu kereta.murid sekolah adakalanya menconteng diding atau menendang dinding perhentian kereta.

VENDALISMA

GEJALA SOSIAL- PELACURAN

Pelacuran adalah penjualan khidmat seksual, seperti seks oral atau hubungan seks, biasanya untuk wang, namun kadang-kadang juga untuk dadah, barang kemas ataupun hartanah. Seseorang yang melacurkan diri disebut pelacur. Kebanyakan pelacur adalah perempuan, namun ada juga pelacur lelaki.. Kawasan bandar yang berleluasa dengan gejala tidak bermoral ini contohnya, kawasan seperti Chow Kit iaitu Lorong Haji Taib,Lorong Changkat, Bukit Bintang dan Petaling Street merupakan antara kawasan utama kegiatan pelacuran di Malaysia. Pelacur juga dapat dikelaskan kepada tujuh kategori utama seperti bohsia, pelacur pasar, pelacur jalanan, pelacur bermajikan, pelacur tukang urut dan pelayan pusat hiburan, pelacur bebas serta pelacur kehormat. PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PELACURAN Faktor ekonomi Faktor ekonomi merupakan salah satu punca yang mempunyai peratusan yang agak tinggi dalam gejala perlacuran ini. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu menyebabkan masalah pegangguran, kemiskina...