Langkau ke kandungan utama

Alam sekitar kita semakin tercemar





ALAM  SEKITAR  KITA  SEMAKIN  TERCEMAR.


Keadaan  alam  sekitar  dunia  sekarang  ini  semakin  teruk,  bukan  saja  dari  segi  pencemaran  udara,  pemanasan  global,  pencemaran  air  dan  sebagainya.  Keadaan  ini  adalah  disebabkan  oleh  sikap  tamak  oleh  segelintir  orang  yang  hanya  mementingkan  diri  dan  kekayaan  material  semata-mata.
Keadaan  ini  membuat  kita  tidak  dapat  membayangkan  keadaan  dunia  yang  bakal  diwarisi  oleh  anak-anak  dan  cucu  cicit  kita.  Banyak  usaha  juga  telah  dan  sedang  diusahakan,  sebagai  contoh,  persidangan  paris  tentang  pemanasan  global,  namun  ada  juga  individu  yang  menganggap  hal  tersebut  sebagai  perkara  remeh.  Sebagai  contohnya,  presiden  Amerika  yang  baru  dilantik  mengancam  untuk  menarik  diri  daripada  perjanjian  tersebut  kerana  menganggap  perkara  tersebut  bukan  suatu  yang  mendesak.

walaubagaimanapun,  ramai  antara  pemimpin  dunia  yang  merayu  supaya  beliau  memikirkan  semula  keputusannya  itu dan  mengekalkan  keputusan  presiden  yang  sebelumnya.  Antara  pemimpin  yang  menggesa  beliau  menimbang  semula  keputusan  untuk  menarik  diri  dari  perjanjian  Paris  tersebut  ialah  Pope  Francis  sendiri.  Sekiranya  Trump  meneruskan  niat  untuk  menarik  diri,  maka  kesepakatan  untuk  menjaga  alam  sekitar,  terutama  peningkatan  suhu  akan  turut  terjejas.   

Ulasan

  1. Sila senaraikan nama-nama penulis artikel. Saya tidak kenal sesiapa!

    BalasPadam
  2. Penulisan anda perlu diperkukuhkan dengan sokongan rujukan luar.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kes vandalisme di kalangan murid sekolah rendah

Kes vandalisme di kalangan murid sekolah rendah semakin kerap berlaku.Kes ini dilihat semakin serius disebabkan pengaruh rakan sebaya.Antara kes vandalisme yang dilakukan ialah menconteng dinding sekolah, kerusi,meja dan tandas.            Di samping itu,kes vandalisme ini juga berlaku ke stas kerosakan harta benda sekolah seperti merosakkan pintu tandas, kerusi,meja dan dinding sekolah.Faktor ini disebabkan oleh mentaliti murid itu sendiri yang tidak betul atau disebabkan pengaruh rakan sebaya.            Kes vandalisme ini juga sering berlaku di tempat menunggu kereta.murid sekolah adakalanya menconteng diding atau menendang dinding perhentian kereta.

VENDALISMA

Wajarkah telefon bimbit di bawa ke sekolah?

Memandangkan isu ini merupakan satu isu yang panas dan mendapat tempat di hati semua orang, terutama warga pendidik dan ibu bapa, maka saya mengajak anda berfikir adakah kebenaran membawa dan menggunakan telefon bimbit, iPad di sekolah akan membawa kebaikan atau kemudaratan kepada pelajar khususnya dan sekolah amnya. Kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong bahawa Kementerian Pelajaran sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) yang akan membenarkan pelajar membawa telefon ke sekolah  tidak lama dahulu telah mengundang pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak. Berita terbaru pula adalah kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Encik Zahid Hamidi melalui akhbar yang menyatakan ada kemungkinan akan membenarkan pelajar sekolah membawa iPad atau tablet ke sekolah. Namun keputusan muktamad belum lagi diambil kerana menurutnya keputusan hanya akan diambil selepas mengambil kira pandangan dan pendapat daripada pelbagai sumb...