Langkau ke kandungan utama

TENTANG PENULIS

Selamat Datang ke Blog kami. Blog ini diwujudkan untuk memenuhi syarat tugasan kursus ELM3043 Isu-Isu Moral & Cabaran Penghayatan Nilai-Nilai Murni. Ruang ini memaparkan
isu-isu moral yang berlaku di sekitar kita sama ada di sekolah, setempat mahupun pada peringkat global. Blog ini dianggotai oleh 3 orang pelajar PPG BM Ambilan Okt.2013 (Sem 8) di bawah bimbingan seorang  pensyarah En. Donatus Justin. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Keningau Sabah.
Pelbagai isu semasa berkaitan dengan isu-isu moral terkini dimuatkan dalam blog kami ini.
Semoga blog kami ini memberi manfaat yang berguna kepada para pengunjung yang budiman.

Ahli Kumpulan:
1.Julius Jacobus ( SK. Bunga Raya Keningau)


2.Lius Lombut ( SK. Penagatan Keningau)




3.  Aiddeh Gim (SK.Malima Sook Keningau)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kes vandalisme di kalangan murid sekolah rendah

Kes vandalisme di kalangan murid sekolah rendah semakin kerap berlaku.Kes ini dilihat semakin serius disebabkan pengaruh rakan sebaya.Antara kes vandalisme yang dilakukan ialah menconteng dinding sekolah, kerusi,meja dan tandas.            Di samping itu,kes vandalisme ini juga berlaku ke stas kerosakan harta benda sekolah seperti merosakkan pintu tandas, kerusi,meja dan dinding sekolah.Faktor ini disebabkan oleh mentaliti murid itu sendiri yang tidak betul atau disebabkan pengaruh rakan sebaya.            Kes vandalisme ini juga sering berlaku di tempat menunggu kereta.murid sekolah adakalanya menconteng diding atau menendang dinding perhentian kereta.

VENDALISMA

Wajarkah telefon bimbit di bawa ke sekolah?

Memandangkan isu ini merupakan satu isu yang panas dan mendapat tempat di hati semua orang, terutama warga pendidik dan ibu bapa, maka saya mengajak anda berfikir adakah kebenaran membawa dan menggunakan telefon bimbit, iPad di sekolah akan membawa kebaikan atau kemudaratan kepada pelajar khususnya dan sekolah amnya. Kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong bahawa Kementerian Pelajaran sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) yang akan membenarkan pelajar membawa telefon ke sekolah  tidak lama dahulu telah mengundang pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak. Berita terbaru pula adalah kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Encik Zahid Hamidi melalui akhbar yang menyatakan ada kemungkinan akan membenarkan pelajar sekolah membawa iPad atau tablet ke sekolah. Namun keputusan muktamad belum lagi diambil kerana menurutnya keputusan hanya akan diambil selepas mengambil kira pandangan dan pendapat daripada pelbagai sumb...