Pelbagai gejala sosial yang semakin menghantui masyarakat
hari ini....
Definisi jenayah rogol adalah dalam undang-undang jenayah,
istilah "rogol" merujuk kepada serangan seksual yang mana penyerang
memaksa mangsa yang enggan bersetuju untuk melakukan hubungan seksual.
Sesetengah perundangan menggunakan istilah seperti "serangan seksual"
atau "dipukul untuk seksual", dan ada juga yang mentakrifkan
"rogol" sebagai serangan seksual dengan penembusan. "Rogol"
boleh juga merujuk kepada hubungan seksual dengan seorang yang rela tetapi dari
segi undang-undang belum cukup umur. Dalam bahasa pasar, istilah "rogol
kenalan" merujuk kepada perogolan yang berlaku antara individu yang
berjumpa atau berkenalan. Selain itu Rogol yang disebabkan penggunaan
pukau dan seumpama untuk membuat mangsa
mereka tidak sedar akan diri sebelum diserang.
Sejak akhir-akhir ini, masyarakat Malaysia sering dikejutkan
dengan berita mengenai kes rogol hingga membawa kepada kes bunuh selepas
dirogol di negara kita pada saban tahun. Fenomena ini berpunca daripada
pelbagai faktor. Antaranya ialah, keadaan politik di Malaysia kerana ianya
melibatkan kepimpinan negara. Senario politik yang berlaku ini menyebabkan
pengabaian program untuk mendidik masyarakat.negara kita. Apabila didikan
diperingkat Negara tidak dijalankan melalui media elektronik dan media massa
maka masyarakat akan kosong jiwa mereka.
Selain itu, punca
jenayah rogol juga adalah berpunca daripada rancangan di media elektronik.
Sebagai contohnya rancangan realiti TV yang banyak berunsurkan seks melalui
pakaian artis-artis yang menjolok mata sehingga mempengaruhi generasi muda-mudi
terikut-ikut cara pemakaian mereka. Apabila cara pemakaian telah melanggar
hukum menutup aurat dalam Islam, faktor
yang menyebabkan berlakunya jenayah ini.
Selain itu dengan kecanggihan teknologi yang semakin pesat
ini contohnya teknologi telefon bimbit yang terlalu canggih sehingga kerajaan
ataupun pihak berkuasa tidak dapat mengawalnya. Akhirnya terjadilah
penyalahgunaan telefon bimbit ini sehingga berlakunya penyebaran video lucah
yang dilakonkan sendiri oleh golongan remaja di Malaysia terutamanya remaja
melayu yang beragama Islam. Cuba kita lihat di sana sini, majalah hiburan
merata-rata dijual dengan gambar-gambar yang menjadi perangsang kepada nafsu.
Ditambah dengan media elektronik seperti TV, DVD, internet yang sukar dibendung.
Kemudahan yang disalah guna untuk perkara yang tidak sepatutnya mengubah naluri
manusia untuk bersikap ganas seterusnya mendorong mereka melakukan jenayah
tersebut.
Oleh yang demikian, disebabkan faktor ini juga hingga dapat
mempengaruhi masyarakat yang nipis imannya dan kurangnya pengetahuan agama
dihanyutkan nafsu serakah mereka. Bahkan yang lebih mengecewakan apabila timbul
pula Istilah haruan makan anak ataupun harapkan pagar,pagar makan padi,inilah
istilah yang paling sesuai digunakan untuk golongon ini.
Namun harus diingatkan juga bahawa perlakuan jenayah rogol
juga bukan hanya disebabkan berpunca daripada lelaki sahaja tetapi berpunca
juga daripada wanita yang menjadikan tubuh badannya yang cantik dan sempurna
itu sebagai tatapan khalayak ramai. Gaya pemakaian wanita ini menjadi serius
akibat terpengaruh dengan fesyen terkini yang datangnya dari negara barat, maka
wanita di Negara ini lupa asal usul dirinya yang sepatutnya berpegang dengan
kaedah pemakaian Islam.
Akhirnya disebabkan budaya pemakaian artis ataupun wanita di
negara barat ini telah meresapi ke dalam masyarakat wanita Negara ini, maka
inilah yang menyebabkan terjadinya jenayah rogol. Jelaslah Islam mewajibkan
pemakaian pakaian yang menutup aurat bagi wanita adalah mempunyai mesej yang
sangat bernilai dan menjadi benteng yang utuh serta mencegah daripada
berlakunya jenayah rogol ini. Berdasarkan firman Allah s.w.t aurat ini
mempunyai hubungan dengan mata, sekiranya terdedahnya aurat maka secara
automatiknya nafsu akan memberontak. Apabila nafsu sudah memberontak maka
terjadilah jenayah rogol akibat desakan nafsu yang menguasai dirinya sehingga
melupakan sifat sebagai seorang insan yang sepatutnya mempunyai sifat
keperikemanusiaan. Tanpa agama manusia akan terpesong kerana tiada sempadan
hidup. Mungkin ramai yang mengatakan agama mengongkong tetapi dengan kongkongan
itulah menyebabkan hidup lebih aman.
Sebaliknya dengan kehidupan bebas tanpa sempadan pula akan
mengucar kacirkan kehidupan di dunia ini. Nilai-nilai murni bukan mudah untuk
diterapkan, kadangkala masih terdapat individu yang rajin solat tapi masih
mengumpat, memfitnah, melakukan maksiat. Ini disebabkan oleh kurangnya
penghayatan dalam solat itu sendiri. Selain itu, pengejaran material yang
melampau juga sering menyebabkan individu tersebut lalai menunaikan
tanggungjawab sosial samada terhadap keluarga ataupun masyarakat. Disebabkan
itulah kurangnya perhatian terhadap keluarga dan kawasan kejiranan. Ini berlaku
apabila ibubapa seharian mencari duit tanpa mengikuti perkembangan keluarga dan
kawasan setempat. Apabila kurang perhatian, maka akan timbulnya jenayah yang
berlaku oleh mereka yang perlu diberi perhatian. seterusnya kurangnya
nilai-nilai murni yang diterapkan dalam diri seperti yang kita ketahui,
pegangan agama penting bagi memberikan landasan dalam hidup. Selain itu
terdapat juga individu yang memperlekehkan agama dengan memberi alasan ‘ Kubur
lain-lain’. Memang benar ‘ kubur lain-lain’ tetapi kalau bala menimpa, ianya
bukan terkena pada mereka saja, orang yang tiada kena mengena akan terkena
tempiasnya juga. Bermula dari itulah runtuhnya intitusi kekeluargaan sehingga
tugas dan tanggungjawab sebagai Ibu bapa diabaikan sebagaimana digambarkan oleh
Rasululah s.a.w bahawa anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu dalam
keadaan bersih maka kedua Ibu bapanya yang akan mencorakkannya.
Malangnya sekarang ini Intitusi kekeluargaan mengalami
keruntuhan yang serius berdasar statistik penceraian di Malaysia yang semakin
meningkat dari tahun ke tahun, maka inilah juga punca yang menyebabkan
berlakunya jenayah rogol.
Penyelidikan yang dijalankan ini adalah berkaitan punca
jenayah rogol ini berlaku. Penyelidikan telah dijalankan di Unit halaqah
Penjara Kajang Selangor hasil secara temubual mendapati hamper 90% jenayah
rogol berlaku akibat kurangnya penekanan aspek agama terutamanya solat lima
waktu yang menjadi asas kepada agama Islam. Justeru, hal ini memerlukan masa
yang amat panjang untuk mentarbiah kembalikan masyarakat Islam untuk kembali
kepada ajaran Islam yang sebenar.
Kesimpulannya masing-masing memainkan peranan penting dalam
menangani gejala sosial ini sebagai contohnya pihak kerajaan haruslah lebih
efektif dalam merencanakan program untuk masyarakat kearah memulihkan akidah
Islam yang kukuh supaya menjadi benteng yang utuh berteraskan keiamanan dan
ketakwaan kepada Allah.
Ulasan
Catat Ulasan