Langkau ke kandungan utama

JANGAN MELAKUKAN VANDALISMA

JANGAN MELAKUKAN VANDALISME

Saban hari ada sahaja isu-isu moral yang berlaku di sekolah,tempatan dan global yang terpampang pada media massa seperti di dada akhbar dan juga media elektronik seperti siaran televisyen.Tidak ketinggalan berita hangat yang gempar diviralkan dalam media maya seperti facebook,whatsApp dan seumpamanya.Pelbagai topik hangat diperkatakan berikutan insiden-insiden yang terjadi sama ada di rumah atau di tempat awam yang melibatkan individu atau masyarakat, antaranya seperti penculikan, kemalangan, penderaan,dan pembunuhan mahupun jenayah seksual.
 
Lihat sahaja di sekeliling kita, setiap hari pasti ada berita-berita gempar yang berlaku.Ada yang diragut nyawa di tangan orang yang tidak bertanggungjawab, ada yang dinoda walaupun masih di bangku sekolah,dan ada yang dibuli secara mental dan fizikal. Lebih malang lagi, ada manusia yang sanggup menganiaya binatang.Tidak terhitung banyaknya isu moral masa kini. Seperti ada sesuatu yang tidak kena yang membelenggu masyarakat kita hari ini apabila banyak kes jenayah yang dilaporkan oleh media perdana atau sosial.Sedarlah sebelum semuanya terlambat...!

Tidak kira di mana-mana, ada saja isu moral yang diperkatakan. Isu vandalisma misalnya, sejak dahulu kala lagi isu moral tentang permasalahan ini seperti tidak ada penghujungnya hingga kini. Vandalisma bermaksud merosakkan harta benda orang lain atau harta benda awam. Laku musnah atau vandalisme adalah merujuk kepada perlakuan atau tabiat membinasakan harta benda awam, juga turut benda orang lain. Perkataaan vandalisme berasal daripada nama sebuah puak di Eropah, iaitu Vadal, yang telah membinasakan kota Rome pada tahun 445. Pada lazimnya, laku musnah ditanggap sebagai satu bentuk jenayah, tetapi pada pada keadaan tertentu, vandalisme merupakan satu bentuk ritual yang dilakukan oleh satu golongan manusia yang tidak puas terhadap keadaanmasyarakat.
Remaja sering dikaitkan atau dipersalahkan jika berlaku vandalisma,sedangkan orang dewasapun ada melakukannya. Vandalisma terbit daripada perasaan marah dan dendam.. Mengikut pakar psikologi, hanya mereka yang berasa disakiti atau luka hati dan jiwa akan menyakiti dan merosakkan orang atau benda lain Besar kemungkinan remaja yang membesar dalam keadaan sering diherdik,dimarah,dibuli sedari kecil,akan memberontak dan ingin melawan. Inilah yang menyebabkan semua itu keluar dalam bentuk pemberontakan, dengan merosakkan diri sendiri seperti menagih dadah atau merosakkan harta awam, fenomena yang kita kenali sebagai vandalisma.

Selain berpunca daripada perasaan dendam atau akibat jiwa tertekan, pengaruh keadaan sekeliling dan tekanan rakan sebaya juga menyebabkan remaja membuat vandalisma. Seseorang remaja akan terpengaruh apabila melihat remaja lain melakukan vandalisma, atau dia terpaksa melakukannya kerana atas desakan kawan.Mereka khuatir diejek penakut atau dipulau oleh rakan sebaya.Antara perbuatan yang tergolong dalam vandalisma adalah:

* Menulis sebarang perkataan pada papan tanda

*Melukis atau menconteng dinding bangunan dan tembok

*Merosak atau membakar papan kenyataan, pondok telefon, perhentian bas,tandas dan sebagainya.

*Merosakkan tumbuhan atau pokok,memecahkan pasu bunga dan pelbagai lagi yang merosakkan.

PERHATIAN !

Di bawah undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan, pesalah vandalisma boleh dikenakan penalti tidak lebih daripada RM2000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya. Beringat sebelum kena.


Cadangan saya, janganlah lakukan vandalisma hanya kerana timbul tidak kepuasanhatian kepada pihak tertentu. Ingatlah peribahasa ini `Janganlah kerana nyamuk seekor kelambu dibakar`.Hindari juga berkawan dengan budak-budak yang nakal.Janganlah berasa sedih atau merajuk dengan ibu bapa jika tidak dapat memenuhi kemahuan anda. Ada banyak perkara boleh dilakukan, yang lebih berfaedah. Ingat..! harta awam adalah harta kita bersama.



Rujukan:




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kes vandalisme di kalangan murid sekolah rendah

Kes vandalisme di kalangan murid sekolah rendah semakin kerap berlaku.Kes ini dilihat semakin serius disebabkan pengaruh rakan sebaya.Antara kes vandalisme yang dilakukan ialah menconteng dinding sekolah, kerusi,meja dan tandas.            Di samping itu,kes vandalisme ini juga berlaku ke stas kerosakan harta benda sekolah seperti merosakkan pintu tandas, kerusi,meja dan dinding sekolah.Faktor ini disebabkan oleh mentaliti murid itu sendiri yang tidak betul atau disebabkan pengaruh rakan sebaya.            Kes vandalisme ini juga sering berlaku di tempat menunggu kereta.murid sekolah adakalanya menconteng diding atau menendang dinding perhentian kereta.

VENDALISMA

GEJALA SOSIAL- PELACURAN

Pelacuran adalah penjualan khidmat seksual, seperti seks oral atau hubungan seks, biasanya untuk wang, namun kadang-kadang juga untuk dadah, barang kemas ataupun hartanah. Seseorang yang melacurkan diri disebut pelacur. Kebanyakan pelacur adalah perempuan, namun ada juga pelacur lelaki.. Kawasan bandar yang berleluasa dengan gejala tidak bermoral ini contohnya, kawasan seperti Chow Kit iaitu Lorong Haji Taib,Lorong Changkat, Bukit Bintang dan Petaling Street merupakan antara kawasan utama kegiatan pelacuran di Malaysia. Pelacur juga dapat dikelaskan kepada tujuh kategori utama seperti bohsia, pelacur pasar, pelacur jalanan, pelacur bermajikan, pelacur tukang urut dan pelayan pusat hiburan, pelacur bebas serta pelacur kehormat. PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PELACURAN Faktor ekonomi Faktor ekonomi merupakan salah satu punca yang mempunyai peratusan yang agak tinggi dalam gejala perlacuran ini. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu menyebabkan masalah pegangguran, kemiskina...