Langkau ke kandungan utama

SEKAT BUDAYA BULI

Pernahkah anda membayangkan ketika anda sendiri dimarahi dan dimaki-hamun. Kemudian kena tampar pada muka. ditumbuk dan ditendang pada bahagian anggota badan. Kebelakangan ini, heboh diperkatakan mengenai kes buli. Setiap hari pasti adapelajar yang takut untuk ke sekolahkerana khuatir akan dibuli, satu kesan negatif dalam kehidupan pelajar. Di Malaysia, beberapa siri kejadian buli di sekolah. ataupun di peringkat institusi pengajian tinggi menunjukkan masalah ini perlu diberi perhatian serius. Kebanyakan masyarakat tidak sedar isu buli memberi kesan jangka panjang dari segi perkembangan psikologi dan emosi.Gejala buli seperti ini perlu dibanteras segera agar tidak menjadi barah yang mengancam keselamatan dan keharmonian dan keselamatan genarasi muda pada masa akan datang.

Apakah Maksud Buli ?

    Menurut Ensiklopedia bebas Wikipedia, buli bermaksud 'perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, beerti yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat'.
      Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologi yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa, dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram, dan harmONI. Manakala Kamus Dewan pula memberi maksud buli sebagai 'perbuatan mendera, mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru. Buli juga boleh ditakrifkan sebagai perbuatan yang dilakukan terhadap seseorang dengan kasar hingga menyebabkan seseorang itu cedera.

      Buli bermula apabila ada sekumpulan lebih ganas bertindak melampaui batas terhadap pihak lain. Buli secara perlahan-lahan menjadi budaya yang tidak sihat. Tahukah anda, mangsa-mangsa buli takut untuk ke sekolah kerana mereka menjadi sasaran pembuli? Rasa takut ini membawa perubahan dalam tingkah laku mereka seperti ponteng sekolah,kemurungan dan pelbagai tingkahlaku yang membawa kepada kegagalan mereka di sekolah. Bagi pembuli, niat mereka hanya semata-mata untuk menunjukkan kekuatan, sementara ada pula yang beranggapan inilah satu-satunya cara untuk menunjukkan kehebatan mereka. Juga rasa rendah diri diri dikaitkan dengan perbutan buli, dimana mereka yang kurang keyakinan diri menjadikan mereka yang lebih lemah sebagai mangsa mereka.
      
Buli fizikal bermaksud memukul,menumbuk,menyepak,mengugut,menampar,menarik,menolak atau mencubit untuk menyebabkan kecederaan kepada mangsa. Perlakuan buli secara ganas mengkin membawa kematian kepada mangsa. Buli mental meliputi kata-kata menghina dan usik-usik yang menjejaskan psikologi dan emosi mangsa. Kedua-dua kategori buli ini sangat berbahaya memandangkan ia memberi kesan kepada emosi serta pembangunan sosial seseorang pelajar.

     Itu belum seberapa lagi seperti mana yang dialami oleh remaja bernama T.Nilaveen, 18 dari Pulau Pinang serta mangsa lain yang terkorban akibat perbuatan buli. Biasanya mangsa buli itu meninggal dunia kerana dipercayai didera oleh sekumpulan rakan mereka.
Apakah yang menyebabkan murid dan remaja menjadi semakin liar dan ganas sehingga sanggup membunuh rakan sendiri? Bulan demi bulan, tahun demi tahun, ada saja kes buli yang kita dengar.

     Masalah pembelajaran atau masalah penyesuaian diri dalam sistem sosial di luar pergaulan ahli keluarga kanak-kanak tersebut selalunya dikaitkan dengan punca berlakunya kes buli yang melibatkan murid sekolah rendah.

     Begitu juga di sekolah menengah, pembuli kebiasannya berdepan masalah serupa tetapi sikap mereka mungkin diburukkan lagi dengan masalah keluarga mahupun terpengaruh dengan unsur luar seperti gengsterisme.

     Mereka yang didera dan diseksa secara mental dan fizikal oleh  'senior' mahupun mereka yang menyaksikan rakan dibuli, berpotensi mengulangi perbuatan sama terhadap orang lain khususnya 'junior' mereka kelak.

Budaya buli atau ragging yang menjadi amalan di sekolah, pusat pengajian tinggi dan pusat latihan tidak lagi sesuai dipraktikkan pada masa sekarang. Gejala ini perlu disekat.
Tiada siapa yang mahu budaya ini menjadi amalan berterusan dalam kehidupan. Tradisi kononnya ada pihak yang berasa mereka 'berhak' melakukan penderaan serupa terhadap orang lain di institusi pendidikan mesti dihapuskan. Jika tidak dihalang lebih awal, ada kemungkinan budaya itu menular di tempat kerja, bukan sahaja menindas kakitangan baharu malah membuli kakitangan berlainan pangkat.
     Di sekolah rendah, pembuli mungkn sekadar meminta duit, makanan atau mahu meniru kerja sekolah jika tidak mahu dipukul. Tetapi di peringkat sekolah menengah hingga memasuki alam pekerjaan, kes buli mungkin melibatkan perkara lebih serius seperti menolak beban kerja kepada orang lain, menolak kesalahan sendiri ke atas rakan sekerja, gangguan seksual dan bermacam cara lain jika tidak mahu dikenakan 'tindakan ' tertentu.

     Berdasarkan statistik Kementerian Pendidikan Malaysia, rekod menunjukkan kes buli di sekolah meningkat pada tahun 2012 adalah sebanyak 4159 kes, 2013 (4120 kes), 2014 (2825 kes), dan 2015 (2968 kes). Kebanyakan kes adalah melibatkan kes buli fizikal.

     Dalam laporan Astro Awani, mengikut maklumat Nobullying.com iaitu sebuah forum dalam talian yang bertujuan untuk menghentikan kes buli, kira-kira 84 peratus kanak-kanak di Malaysia mempunyai pengalaman dibuli. Berdasarkan kajian Stop Cyberbullying 2017 di bawah program Digi CyberSAFE, sekurang-kurangnya satu dalam dua belia mengakui telah mengalami pembulian siber di Malaysia. Berdasarkan statistik CyberSecurity Malaysia pula, buli siber dalam kalangan pelajar berlaku hampir setiap hari dengan 250 kes dilaporkan pada tahun 2012, manakala pada tahun 2013 terdapat 389 kes; 2014 (291 kes); 2015 (256 kes) dan 2016 (338 kes)

     Ada beberapa sebab mengapa seseorang itu menjadi pembuli:
i.   Ibu bapa hanya mementingkan kerjaya mereka untuk mencari pendapatan sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap anak. hal ini menyebabkan seseorang anak itu kurang mendapat perhatian dan belaian kasih sayang daripada ibu bapa mereka.
ii.  Pembuli juga sebenarnya tidak mengetahui perkara yang mereka lakukan itu betul ataupun salah, baik atau buruk akibat daripada tiada bimbingan ibu bapa. Akhirnya mereka terjebak dalam gejala buli.
iii. Kurang penghayatan nilai-nilai moral dan agama juga para remaja terlibat dalam gejala buli.Ini kerana seseorang pelajaryang mempunyai nilai moral dan agama yang tinggi, tidak mudah terpengaruh untuk melibatkan diri dalam gejala yang negatif.
iv.  Terikut-ikut 'trend' atau pengaruh rakan dan juga pengaruh daripada filem atau program televisyen.

     Oleh itu berilah sokongan kepada pihak berkuasa termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia jika terpaksa bertindak tegas terhadap murid yang melakukan buli. Pada pendapat saya sudah sampai masanya tindakan tegas dan hukuman perlu dijatuhkan kepada para pembuli  mengikut peraturan yang sedia ada.
     Penyingkiran murid yang terbabit dengan kes buli daripada sistem persekolahan, salah satu tindakan keras tetapi terpaksa dilakukan sebagai peringatan kepada murid lain. Tindakan menakut-nakutkan murid lain dan menindas mereka mesti dihentikan segera. Semua lapisan masyarakat harus prihatin dan bergandingbahu memerangi gejala buli yang tidak bermoral ini. Ayuh kita hentikannya. Kalau bukan kita siapa lagi?



                                         Kredit foto untuk youtube.blogspot

Rujukan:

Hishamuddin Rushdi.(2011). Majalah Kuntum.Star Publications Malaysia Berhad.


 

Ulasan

  1. Tiada sokongan rujukan luaran. Juga tiada senarai rujukan. Sila perbaiki artikel ini dengan kadar segera.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kes vandalisme di kalangan murid sekolah rendah

Kes vandalisme di kalangan murid sekolah rendah semakin kerap berlaku.Kes ini dilihat semakin serius disebabkan pengaruh rakan sebaya.Antara kes vandalisme yang dilakukan ialah menconteng dinding sekolah, kerusi,meja dan tandas.            Di samping itu,kes vandalisme ini juga berlaku ke stas kerosakan harta benda sekolah seperti merosakkan pintu tandas, kerusi,meja dan dinding sekolah.Faktor ini disebabkan oleh mentaliti murid itu sendiri yang tidak betul atau disebabkan pengaruh rakan sebaya.            Kes vandalisme ini juga sering berlaku di tempat menunggu kereta.murid sekolah adakalanya menconteng diding atau menendang dinding perhentian kereta.

VENDALISMA

GEJALA SOSIAL- PELACURAN

Pelacuran adalah penjualan khidmat seksual, seperti seks oral atau hubungan seks, biasanya untuk wang, namun kadang-kadang juga untuk dadah, barang kemas ataupun hartanah. Seseorang yang melacurkan diri disebut pelacur. Kebanyakan pelacur adalah perempuan, namun ada juga pelacur lelaki.. Kawasan bandar yang berleluasa dengan gejala tidak bermoral ini contohnya, kawasan seperti Chow Kit iaitu Lorong Haji Taib,Lorong Changkat, Bukit Bintang dan Petaling Street merupakan antara kawasan utama kegiatan pelacuran di Malaysia. Pelacur juga dapat dikelaskan kepada tujuh kategori utama seperti bohsia, pelacur pasar, pelacur jalanan, pelacur bermajikan, pelacur tukang urut dan pelayan pusat hiburan, pelacur bebas serta pelacur kehormat. PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PELACURAN Faktor ekonomi Faktor ekonomi merupakan salah satu punca yang mempunyai peratusan yang agak tinggi dalam gejala perlacuran ini. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu menyebabkan masalah pegangguran, kemiskina...