Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2017

PERATUS KES BULI

Peratus Penglibatan Buli Di kalangan Murid Sistem Sahsiah Diri Murid merekodkan hanya 0.02 peratus murid terbabit dalam salah laku buli untuk tempoh Januari hingga Jun lalu.   Ia sekaligus menunjukkan pembabitan murid dalam buli menurun dan terkawal, berdasarkan statistik pada tahun 2012 hingga 2016 iaitu dari 0.08 peratus kepada 0.06 peratus.   Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Si Woon, berkata, berdasarkan rekod Sistem Pengurusan Isu Disiplin dan Pendidikan, tiada kes yang membabitkan kematian akibat perbuatan buli dalam kawasan sekolah dalam tempoh pada tahun 2012 sehingga sekarang. Katanya, walaupun kes buli di sekolah secara relatifnya kecil, namun kementerian tidak pernah memandang ringan.   "Saya ingin tegaskan bahawa kes yang terbabit sudah diambil tindakan sewajarnya sama ada peringkat sekolah mahu pun pihak mahkamah melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM). "Sejak dahulu, kementerian serius menangani buli termasuk buli siber melalui mekanisme pencegaha...

Vendalisma

Era digital ini, kepentingan melahirkan generasi muda yang cemerlang untuk masa hadapan negara semakin meningkat. Malangnya, gejala sosial dalam kalangan pelajar yang kian meruncing membimbangkan semua pihak. Menurut kajian Kementerian Pelajaran Malaysia, salah satu daripada lapan gejala salah laku pelajar yang semakin menjadi-jadi kini ialah masalah vandalisme. Aktiviti vandalisme, atau kegiatan merosakkan harta benda awam bukan sahaja merugikan pelbagai pihak, malah turut menjejaskan imej negara kita. Oleh itu, langkah-langkah untuk mengatasi masalah vandalisme dalam kalangan pelajar perlu dilaksanakan dengan segera.           Pertama sekali, ibu bapa harus menjalankan peranan penting dalam menyifarkan masalah vandalisme. Mereka perlu memantau kegiatan anak-anak mereka supaya tidak terjerumus ke dalam kancah yang negatif. Bukan itu sahaja, malah pergaulan anak-anak juga patut diawasi agar tidak melakukan kesilapan dalam memilih rakan. Lebih-lebih lagi, ib...

VENDALISMA

Kes vandalisme di kalangan murid sekolah rendah

Kes vandalisme di kalangan murid sekolah rendah semakin kerap berlaku.Kes ini dilihat semakin serius disebabkan pengaruh rakan sebaya.Antara kes vandalisme yang dilakukan ialah menconteng dinding sekolah, kerusi,meja dan tandas.            Di samping itu,kes vandalisme ini juga berlaku ke stas kerosakan harta benda sekolah seperti merosakkan pintu tandas, kerusi,meja dan dinding sekolah.Faktor ini disebabkan oleh mentaliti murid itu sendiri yang tidak betul atau disebabkan pengaruh rakan sebaya.            Kes vandalisme ini juga sering berlaku di tempat menunggu kereta.murid sekolah adakalanya menconteng diding atau menendang dinding perhentian kereta.

serangan seksual di kalangan murid sekolah semakin menjadi-jadi

Serangan seksual di kalangan murid sekolah semakin menjadi-jadi.Kes ini dilihat semakin serius apabila semakin ramai murid sekolah rendah dirogol diluar sekolah. Kes ini biasanya dilakukan oleh para penagih dafah. Kes ini berlaku apabila murid sekolah berjalan sendiri pulang ke rumah. Para penagih dadah akan mengambil kesempatan daripada ruang tersebut.           Justeru itu para ibubapa diingatkan agar tidak membiarkan anak-anak pulang sendiri dari sekolah biarpun jarak rumah dari sekolah tidaklah terlalu jauh sangat. Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab bersama masyarakat setempat melaporkan kes tersebut kepada pihak polis sekiranya terlihat perkara yang mencurigakan di kalangan murid sekolah agar kes seperti ini dapat dicegah.           Di samping itu, kita sebagai guru juga harus sentiasa mengingatkan murid-murid agar sentiasa berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali walaupun ...

Lelaki lakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak berdepan hukuman 300 tahun penjara.

LOS  ANGELES:  Gilbert  Andrew  Chavaria  yang  digelar  "Creeper",  memecah  masuk  kediaman  mangsa  di bandar  Escondido,  dan  San  Marcos  kira-kira  140  kilometer  ke  selatan  Los  Angeles.  Lelaki  itu  kemudian  melakukan  serangan  seksual  terhadap  sekurang-kurangnya  empat  mangsa  yang  boleh  mengakibatkan  hukuman  penjara  sehingga  300  tahun. Kejadian  itu  berlaku  pada  awal  pagi  antara  bulan  jun  dan  julai  2013.  Tuduhan  termasuk  memecah  rumah,  menyerang  dan  melakukan  kelucahan  melampau  ke  atas  knak-kanak  dan  memiliki  bahan  pornografi  kanak-kanak.

Wanita dikurung dalam bilik gelap selama 15 tahun diselamatkan polis.

New  Delhi :  Kesengsaraan  seorang  wanita  berusia  50  tahun  yang  dikurung  dalam  bilik  gelap  oleh  abangnya  selama  15  tahun  di  sebuah  perkampungan  di  India  berakhir  selepas  diselematkan  polis  India. Sunita  Verlekar  diselamatkan  hasil  maklumat  sebuah  organisasi  hak  wanita,  Bailancho  Saad.  Wanita  itu  kemudian  dihantar  ke  hospital dan  menerima  rawtan  di  Institut  Psikitri  dan  Perilaku  Manusia. Wanita  itu  dikurung  kerana  mula  menunjukkan  sikap  tidak  normal  kerana  mengetahui  suaminya  berkahwin  kali  kedua,  namun  tetap  diberikan  makanan  melalui  tingkap.

Warga Tempatan Dalangi Penyeludupan

Tawau:  Isu  penyeludupan  barang  kawalan  daerah  ini  sukar  dibendung  kerana  banyak  di  dalangi  oleh  warga  tempatan.  Perkara  ini  ditegskn  oleh  Kapten  (M)  Romli  Mustafa  yang  menyatakan  bahawa  modus  operandi  ini  agak  sukar  dikesan  kerana  di lakukan  oleh  orang  tempatan  sendiri. Beliau  menegaskan  bahawa  itu  bukanlah  tuduhan  melulu  semata-mata  tetapi  terbukti  dengan  beberapa  siri  penangkapn  yang  dilakukan,  ramai  warga  tempatan  yang  terlibat.

Wajarkah telefon bimbit di bawa ke sekolah?

Memandangkan isu ini merupakan satu isu yang panas dan mendapat tempat di hati semua orang, terutama warga pendidik dan ibu bapa, maka saya mengajak anda berfikir adakah kebenaran membawa dan menggunakan telefon bimbit, iPad di sekolah akan membawa kebaikan atau kemudaratan kepada pelajar khususnya dan sekolah amnya. Kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong bahawa Kementerian Pelajaran sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) yang akan membenarkan pelajar membawa telefon ke sekolah  tidak lama dahulu telah mengundang pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak. Berita terbaru pula adalah kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Encik Zahid Hamidi melalui akhbar yang menyatakan ada kemungkinan akan membenarkan pelajar sekolah membawa iPad atau tablet ke sekolah. Namun keputusan muktamad belum lagi diambil kerana menurutnya keputusan hanya akan diambil selepas mengambil kira pandangan dan pendapat daripada pelbagai sumb...

Gejala Sosial Atau Rogol

Pelbagai gejala sosial yang semakin menghantui masyarakat hari ini.... Definisi jenayah rogol adalah dalam undang-undang jenayah, istilah "rogol" merujuk kepada serangan seksual yang mana penyerang memaksa mangsa yang enggan bersetuju untuk melakukan hubungan seksual. Sesetengah perundangan menggunakan istilah seperti "serangan seksual" atau "dipukul untuk seksual", dan ada juga yang mentakrifkan "rogol" sebagai serangan seksual dengan penembusan. "Rogol" boleh juga merujuk kepada hubungan seksual dengan seorang yang rela tetapi dari segi undang-undang belum cukup umur. Dalam bahasa pasar, istilah "rogol kenalan" merujuk kepada perogolan yang berlaku antara individu yang berjumpa atau berkenalan. Selain itu Rogol yang disebabkan penggunaan pukau  dan seumpama untuk membuat mangsa mereka tidak sedar akan diri sebelum diserang. Sejak akhir-akhir ini, masyarakat Malaysia sering dikejutkan dengan berita mengenai kes rogol hin...

TENTANG PENULIS

Selamat Datang ke Blog kami. Blog ini diwujudkan untuk memenuhi syarat tugasan kursus ELM3043 Isu-Isu Moral & Cabaran Penghayatan Nilai-Nilai Murni. Ruang ini memaparkan isu-isu moral yang berlaku di sekitar kita sama ada di sekolah, setempat mahupun pada peringkat global. Blog ini dianggotai oleh 3 orang pelajar PPG BM Ambilan Okt.2013 (Sem 8) di bawah bimbingan seorang  pensyarah En. Donatus Justin. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Keningau Sabah. Pelbagai isu semasa berkaitan dengan isu-isu moral terkini dimuatkan dalam blog kami ini. Semoga blog kami ini memberi manfaat yang berguna kepada para pengunjung yang budiman. Ahli Kumpulan: 1.Julius Jacobus ( SK. Bunga Raya Keningau) 2. Lius Lombut ( SK. Penagatan Keningau) 3.   Aiddeh Gim (SK.Malima Sook Keningau)

SEKAT BUDAYA BULI

Pernahkah anda membayangkan ketika anda sendiri dimarahi dan dimaki-hamun. Kemudian kena tampar pada muka. ditumbuk dan ditendang pada bahagian anggota badan. Kebelakangan ini, heboh diperkatakan mengenai kes buli. Setiap hari pasti adapelajar yang takut untuk ke sekolahkerana khuatir akan dibuli, satu kesan negatif dalam kehidupan pelajar. Di Malaysia, beberapa siri kejadian buli di sekolah. ataupun di peringkat institusi pengajian tinggi menunjukkan masalah ini perlu diberi perhatian serius. Kebanyakan masyarakat tidak sedar isu buli memberi kesan jangka panjang dari segi perkembangan psikologi dan emosi.Gejala buli seperti ini perlu dibanteras segera agar tidak menjadi barah yang mengancam keselamatan dan keharmonian dan keselamatan genarasi muda pada masa akan datang. Apakah Maksud Buli ?     Menurut Ensiklopedia bebas Wikipedia, buli bermaksud 'perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung...

GEJALA SOSIAL- PELACURAN

Pelacuran adalah penjualan khidmat seksual, seperti seks oral atau hubungan seks, biasanya untuk wang, namun kadang-kadang juga untuk dadah, barang kemas ataupun hartanah. Seseorang yang melacurkan diri disebut pelacur. Kebanyakan pelacur adalah perempuan, namun ada juga pelacur lelaki.. Kawasan bandar yang berleluasa dengan gejala tidak bermoral ini contohnya, kawasan seperti Chow Kit iaitu Lorong Haji Taib,Lorong Changkat, Bukit Bintang dan Petaling Street merupakan antara kawasan utama kegiatan pelacuran di Malaysia. Pelacur juga dapat dikelaskan kepada tujuh kategori utama seperti bohsia, pelacur pasar, pelacur jalanan, pelacur bermajikan, pelacur tukang urut dan pelayan pusat hiburan, pelacur bebas serta pelacur kehormat. PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PELACURAN Faktor ekonomi Faktor ekonomi merupakan salah satu punca yang mempunyai peratusan yang agak tinggi dalam gejala perlacuran ini. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu menyebabkan masalah pegangguran, kemiskina...

JANGAN MELAKUKAN VANDALISMA

JANGAN MELAKUKAN VANDALISME Saban hari ada sahaja isu-isu moral yang berlaku di sekolah,tempatan dan global yang terpampang pada media massa seperti di dada akhbar dan juga media elektronik seperti siaran televisyen.Tidak ketinggalan berita hangat yang gempar diviralkan dalam media maya seperti facebook,whatsApp dan seumpamanya.Pelbagai topik hangat diperkatakan berikutan insiden-insiden yang terjadi sama ada di rumah atau di tempat awam yang melibatkan individu atau masyarakat, antaranya seperti penculikan, kemalangan, penderaan,dan pembunuhan mahupun jenayah seksual.   Lihat sahaja di sekeliling kita, setiap hari pasti ada berita-berita gempar yang berlaku.Ada yang diragut nyawa di tangan orang yang tidak bertanggungjawab, ada yang dinoda walaupun masih di bangku sekolah,dan ada yang dibuli secara mental dan fizikal. Lebih malang lagi, ada manusia yang sanggup menganiaya binatang.Tidak terhitung banyaknya isu moral masa kini. Seperti ada sesuatu yang tidak kena yang membel...